Archive

Author Archive

RAWATAN KETAGIHAN ALKOHOL DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN KETAGIHAN ALKOHOL DI MADINATUL ASRAR

KETAGIHAN ALKOHOL
Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

• Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
• Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
• Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
• Ulser dan gastritis
• Kecederaan otak dan masalah saraf
• Masalah jantung dan tekanan darah
• Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
• Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
• Masalah seksual
• Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME – FAS)

FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:
• Kekurangan berat badan.
• Kurang tinggi
• Kepala kecil
• Masalah jantung
• Kecacatan kaki-tangan serta sendi
• Koordinasi yang lemah
• Hilang ingatan
• Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.

Sekiranya ada diantara pembaca blog ini samaada diri sendiri,ahli keluarga,teman dan sebagainya yang mengalami masalah ketagihan alkohol yang kronik,silakan datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk mendapatkan rawatan menghilangkan ketagihan alkohol,rawatan ditempat kami adalah unik dan berbeza dari tempat lain kerana gabungan rawatan yang lengkap meliputi gabungan perubatan moden,saintifik dan spiritual beserta herba dan akupuntur,bekam dan lain-lain rawatan khusus! 

Categories: Rawatan

RAWATAN MASALAH BERDENGKUR MADINATUL ASRAR

MASALAH BERDENGKUR

Jantung dan paru-paru yang sihat akan memastikan saluran pernafasan berfungsi dengan baik. Tetapi jangguan pada rentak jantung akan mengakibatkan sistem pernafaan terganggu dan tidk berlaku isyarat timbal balik oleh saraf yang mengawal diafragma (saluran di bawah paru-paru) yang mengawal pernafasan. Akibatnya paru-paru seperti tidak bernafas. Tetapi masalah ini boleh diatasi ketika sedang sedar iaitu menarik dan menghembuskan nafas dengan sendiri. Tetapi ketika sedang tidur, saluran tersebut tidak dapat dikawal. Maka berlakulah dengkuran.

Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung. Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.

Perhatikan bayi anda, sekiranya dia berdengkur ketika tidur, bermakna dia sedang mengalami masalah rentak jantung.

Antara karektor yang dapat kita kenal pasti terhadap bayi atau kanak-kanak yang mengalami masalah jantung ialah dia suka meragam, tidak suka dengan orang lain (misalnya apabila orang lain minta dukung, dia tidak mahu). Ketika berumur 5 tahun, dia kerap menangis (selama berhari-hari) setiap kali ditinggalkan di Nurseri atau tadika. Dia mudah rasa bosan dan takut jika ditinggalkan keseorangan.

Semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin kronik tahap kesihatan jantung.

Langkah mengatasi masalah tidur berdengkur

1. Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur.

2. Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.

3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jatung berbabas dari sesuatu tekanan.

4. Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.

5. Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.
6. Tidur dalam keadaan duduk menegak pada waktu siang atau selepas makan amat digalakkan supaya makanan dapat dihadam dengan sempurna dan tidak membebankan jantung.

Sebenarnya masalah tidur berdengkur masih boleh dirawat. Rawatan akan ditumpukan lebih kepada bahagian Jantung. Tetapi pemeriksaan perlu untuk mengenalpasti punca sebenar.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan di Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk merawat masalah tidur berdengkur atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya di talian: 0128802035. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah. 

Categories: Rawatan

RAWATAN PENYAKIT DARAH TINGGI DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN PENYAKIT DARAH TINGGI DI MADINATUL ASRAR

KETAHUI TEKANAN DARAH ANDA – ELAKKAN KOMPLIKASI

Apa Dia Tekanan Darah?

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-
120 / 80 mmHg
Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah Berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apa Dia Tekanan Darah Tinggi?

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

Tekanan darah optima
130 / 80 mmHg

Tekanan darah tinggi
Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang

Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:

• Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;
o 2 kali setahun jika kadarnya normal
o lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
• Tidak merokok
o Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
• Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-
o Garam
Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
o Lemak
Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
• Kekalkan berat badan unggul.
• Bersenam secara berkala.
• Elakkan pengambilan alkohol.

Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-

• Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
• Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
• Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.

Di Pusat Rawatan Madinatul Asrar,kami telah merawat beribu pesakit yang mengalami masalah tekanan darah tinggi,pengalaman Dr.Rizal merawat pesakit darah tinggi(Encik Iskandar)yang telah ditahan di Hospital,beliau telah mengalami tekanan darah tinggi yang kritikal,setelah 3 hari berada di hospital,masih belum ada tanda-tanda tekanan darah tingginya akan kembali turun,beliau menghubungi Dr.Rizal,Dr.Rizal datang merawat menggunakan kaedah herba Anugerah Alam dan rawatan khusus,dalam masa 2 jam,tekanan darah tingginya kembali normal dan beliau dibenarkan pulang pada keesokan harinya!Untuk mengetahui kisah benar pengalaman Encik Iskandar mendapat rawatan di Pusat Rawatan Madinatul Asrar,anda boleh menghubungi 0135735907 untuk mendapat keterangan lanjut tentang kisah beliau.

PERHATIAN:
Jika anda mengalami tekanan darah tinggi/pesakit darah tinggi,anda boleh mendapatkan rawatan secara jarak jauh dengan memesan ubatan Herba Anugerah Alam yang berharga RM45 untuk sepaket herba dan RM20 untuk ubatan Homoepathi untuk rawatan tekanan darah tinggi.

Categories: Rawatan

RAWATAN PENYAKIT PARU-PARU BERAIR DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN PENYAKIT PARU-PARU BERAIR DI MADINATUL ASRAR

Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair

Pengenalan Penyakit

-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’
-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.

Jenis-Jenis Penyakit
-Exudate
-Transudate

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati

Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate
-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
-Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
-Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
-Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
-Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate
-berwarna lebih jernih dan cair
-kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
-terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
-dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.[1] Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila pinca jangkitan telah disingkirkan.

Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk x-ray dan pemeriksaan sputum. Rawatan bergantung kepada punca paru-paru berair; Paru-paru berair bakteria dirawat dengan antibiotik.

Pneumonia is a common illness which occurs in all age groups, and is a leading cause of death among the elderly and people who are chronically and terminally ill. Vaccines to prevent certain types of pneumonia are available. The prognosis depends on the type of pneumonia, the appropriate treatment, any complications, and the person’s underlying health.

Pusat Rawatan Madinatul Asrar memperkenalkan rawatan berasaskan Herba Anugerah Alam dan rawatan khusus yang telah terbukti Bermanfaat merawat penyakit paru-paru berair yang dihidapi oleh pesakit yang datang mendapatkan rawatan di tempat kami.Silakan datang jika anda menghadapi masalah di atas.cepat rawat sebelum terlambat.

Categories: Rawatan

PRODUK IQ SUPER GENIUS MADINATUL ASRAR

PRODUK IQ SUPER GENIUS MADINATUL ASRAR

PRODUK IQ SUPER GENIUS MADINATUL ASRAR

PRODUK IQ SUPER GENIUS MADINATUL ASRAR adalah rumusan Homeopati yang merupakan kaedah perubatan alternatif yang selamat dari kesan sampingan kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan-bahan merbahaya dan bebas dari dadah. Ia terbukti amat selamat dan tidak menimbulkan sebarang gejala kesan sampingan. Kanak-kanak seawal usia 2 tahun juga boleh mengamalkan IQ SUPER GENIUS MADINATUL ASRAR. Amalan di awal usia ini dapat mempercepatkan perkembangan minda dan ingatannya.

Hanya dengan mengamalkan IQ SUPER GENIUS MADINATUL ASRAR 2 biji 3 kali sehari secara berterusan dapat meningkatkan tahap kecerdasan minda, daya ingatan, daya tumpuan, semangat, berkeyakinan dan emosi yang tenang dalam menghadapi sebarang masalah kehidupan. Kejayaan setiap insan di masa hadapan pasti tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Golongan usia yang sesuai mendapatkan produk IQ Super Genius Madinatul Asrar

-Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun. Pada usia ini kanak-kanak mula belajar mengenali dunia sekelilingnya dan sangat teruja dengan semua perkara. Perkembangan minda berada di tahap maksimum. Kanak-kanak ini mempunyai daya tahan dan kemampuan untuk mencuba sehingga berjaya. Kanak-kanak yang tidak mendapat susu ibu dan sukar mendapat susu formula serta mengambil makanan yang tidak berkhasiat akan menjejaskan kecekapan minda. IQ Super Genius mampu menyeimbangi kekurangan ini dan memberikan nutrien utama untuk perkembangan otak yang sempurna. Otak anak anda berkembang hebat pada usia ini. Pastikan mereka mendapat suplemen terbaik untuk pembinaan otak yang hebat!.

-Sesuai untuk kanak-kanak yang sedang aktif berusia 7-12 tahun. Peningkatan bebanan akademik yang tinggi dan saingan daripada rakan-rakan menjadikan kanak-kanak memerlukan sesuatu yang luar biasa untuk membantu mereka. IQ Super Genius dengan formula unik boleh menambahkan kuasa kepada minda untuk lebih peka,cekap dan cepat terhadap cabaran minda yang hebat.Prestasi akademik yang ketara, tingkah laku yang terpimpin dan ketrampilan lebih menyerlah dengan pengambilan produk ini. Kekuatan semangat dan moral yang tinggi adalah satu suntikan yang disemat melalui formula ini. Otak anak anda diasak bertubi-tubi dengan ilmu baru. Mereka perlukan IQ Super Genius untuk bantuan maksimum diperingkat ini.

-Sesuai untuk remaja berusia 13-17 tahun . Perubahan hormon sebagai tanda keremajaan menyebabkan perubahan ketara emosi dan fizikal. Gandingan formula istimewa ini dapat membantu ‘supercharge’ remaja melalui proses menjadi dewasa dengan lebih selesa. Minda menjadi lebih kreatif dan inovatif disamping memberikan tenaga tambahan dalaman. Penguasaan akademik dan kokurikulum yang lebih baik dapat dilihat dengan pengambilan ubat ini. Peringkat remaja menjadikan otak anak anda lebih agresif dan kreatif IQ Super Genius mampu memberikan suntikan tenaga dan daya yang baru.

-Sesuai digunakan untuk dewasa 18 tahun ke atas yang mula stabil pertumbuhan fizikal dan emosi. Proses kematangan fizikal dan emosi tercabar dengan persekitaran dan pendedahan unsur-unsur kedewasaan. Tekanan akademik, tekanan hidup menyebabkan otak diperah ke tahap maksimum. Formula ajaib ini digandingkan khas memberi tenaga hebat untuk menghadapi tekanan dan keletihan minda yang keterlaluan. Ketenangan dan disiplin yang tinggi jelas timbul dengan pengambilan ubat ini. Penggunaan tenaga minda maksimum menyebabkan keletihan ketara yang memerlukan IQ Super Genius untuk memberikan tenaga baru. Sesuai untuk pelajar, guru, pensyarah, eksekutif dan mereka yang berusia yang banyak menggunakan minda dalam tugasan harian.Menangani masalah keletihan minda akibat tekanan dan beban kerja.

Keistimewaan Produk IQ Super Genius:

• Nutrient minda yang berkhasiat dan berpotensi memberi kesan positif.
• Membantu memulihkan keletihan saraf.
• Menguatkan daya tumpu (konsentrasi).
• Menajamkan daya ingatan (memori)
• Mengurangkan ketegangan fikiran (stress),gugup(anxiety) dan gemuruh (nervous).

Berkeupayaan mengatasi masalah-masalah berikut:-

1. Kurang tumpuan semasa belajar
2. Keletihan mental dan fizikal sewaktu belajar
3. Susah bangun dari tidur
4. Kurang bersemangat untuk belajar
5. Kurang daya ingatan
6. Tidak bersemangat untuk membuat kerja sekolah
7. Kurang keyakinan diri dalam pembelajaran dan peperiksaan
8. Gemuruh,Gementar dan bimbang
9. Tiada semangat bersaing untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran dan ko-kurikulum.

Khasiat Dan Kebaikan

• Meningkat dan Menguatkan
Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.

• Mengatasi
Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

• Memulihkan
Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.

• Mengekang
Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Lain-lain kegunaan

Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:-

1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah.
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mental

Cara Pengambilan :
Dikemam dalam mulut sehingga habis diserap

Dos Pengambilan :
1. Kanak-kanak (1 biji, 2 kali sehari)
2. Dewasa (2 biji, 4 kali sehari)

Pantang Larang
.Jangan minum teh, kopi atau merokok setengah jam sebelum dan selepas makan ubat
Jangan sentuh dengan jari

Cara Menyimpan :

Tutup ketat, simpan di tempat kering dan dingin

Harga Jualan : RM30.00/botol

Categories: Produk

HOT STONE MASSAGE MADINATUL ASRAR

HOT STONE MASSAGE MADINATUL ASRAR(urutan batu panas Gunung Berapi)

Kulit kusam dan wajah tak cerah sebetulnya tidak hanya disebabkan oleh kesalahan perawatan, tetapi juga oleh stres dan kelelahan. Dua keadaan itu dapat menghilangkan sinar kecantikan. Untuk mengatasi stres dan keletihan, Anda boleh mencuba Madinatul Asrar hot stone massage. Treatment itu tak hanya membuat otot-otot Anda kembali relaks, tetapi hati Anda juga tenang.

Apakah Hot Stone Massage itu?

Hot Stone Massage adalah seni penyembuhan kuno yang berasal lebih dari 2000 tahun yang lalu. Merupakan salah satu bentuk terapi yang sangat unik dengan mempergunakan batu yang dipanaskan dengan air sebagai alat atau media untuk melakukan terapi penyembuhan/pengurutan. Praktikal terapi dengan cara kuno ini terus berkembang di dalam populariti pelayanan spa di seluruh dunia hingga saat ini.

Jenis batu yang dipergunakan untuk terapi Hot Stone Massage adalah batu alam yang berjenis VOLCANIC BASALT STONE., atau batu yang terbentuk dari leleran lava cair dari gunung berapi, yang dingin ketika bertemu dengan air. Jenis batu ini dipilih kerana mempunyai kelebihan dalam hal menyerap dan menyimpan panas. Basalt mampu menyimpan panas lebih lama dari semua jenis batu alam yang lain.

Hot Stone Massage merupakan perpaduan teknik antara massage ayuverda seperti Chi iaitu energi vital yang ada di tubuh, yang lebih memusatkan perhatian pada pernapasan dengan massage lembut dan perlahan.

Ada dua cara dalam aplikasi/penggunaan Hot Stone untuk terapi :

Yang pertama dengan cara hanya meletakkan Hot Stone (stationary placement stones) pada bahagian tubuh tertentu untuk memberikan energi. Hal ini memberikan rasa hangat pada bahagian tubuh yang sedang diterapi dan memberikan efek rasa relaks serta tenang pada fikiran kerana ketegangan akan terasa mencair dan berkurang seiring dengan memudarnya rasa hangat dari batu secara perlahan.

Awalnya batu-batu basalt dipanaskan dalam air. Lalu batu diletakkan pada titik tenaga di tubuh. Untuk titik tenaga, batu diletakkan pada bawah dan atas pusat, di bawah area jantung, area jantung, dan di tengah dahi. Sedangkan titik meridian bermanfaat untuk energi, emosi dan juga pencernaan. Dan kedua titik tersebut berguna untuk mengeluarkan energi negatif dan memasukkan energi positif.

Mengapa batu harus dipanaskan?

Kerana batu yang hangat akan menyeimbangkan fungsi titik-titik meridian di tubuh, sehingga klien merasa lebih baik dan tenteram. “Tingkat panas atau hangatnya batu tergantung selera atau ketahanan klien Apabila masih terasa panas di tubuh klien, biasanya ahli terapi akan mendinginkannya dengan alat khusus.

Yang kedua adalah dengan cara mempergunakan Hot Stone sebagai alat untuk mengurut (to actually massage). Batu yang hangat itu digunakan untuk massage dengan tekanan tertentu di seluruh tubuh. Dengan demikian, paduan kehangatan dan tekanan dari batu yang keras terasa sangat efektif. Pasien akan merasa lebih relaks, badan yang terasa sakit-sakit sehabis beraktiviti menjadi lebih lega dan tenang. Kehangatan yang dihasilkan dari batu akan membuat otot tubuh relaks lebih cepat serta mudah dari pada cara urut konvensional.

Keunikan Madinatul Asrar Hot Stone Massage yang paling utama adalah dapat memberikan dan menyeimbangkan dual hal hanya dalam satu terapi, iaitu memberikan sirkulasi energi dan merilekskan tubuh sekaligus.

-ooOOOooo-

Tersedia Basalt Stone untuk Hot Stone Massage Terapi

Categories: Medic Spa

SEMUA INFO BERKAITAN SPA

SEMUA INFO BERKAITAN SPA

SPA

Spa berasal dari bahasa latin dan diambil dari istilah sante par aqua yang ertinya sihat melalui terapi air. Dengan begitu, semua tempat yang disebut spa harus memiliki fasiliti hidroterapi. cara ini sudah dikenal jauh sejak lapan ribu tahun sebelum masehi. Dan cerita legendanya pertama ditemukan oleh Bladut yang kemudian didokumentasikan oleh Geoffrey of Monmouth dalam bukunya History of The Kings of Britain di tahun 1136.

Dan kini jumlah tempat mandi yang dilengkapi dengan urutan, relaksasi dengan gaya moden tidak terhitung jumlahnya di seantero jagat ini..Ada beberapa hal lainnya yang perlu anda ketahui seputar Spa agar anda bisa memilih mana yang terbaik untuk tubuh anda berdasarkan keperluan.

Xtra Care menandakan anda memberikan perhatian ekstra kepada tubuh dan fikiran anda. Setiap hari, tubuh dan pikiran bekerja untuk anda. Berikan perhatian ekstra terhadap tubuh dan pikiran anda melalui relaksasi, setidaknya sebulan sekali.

Body Mask merupakan perawatan untuk menjaga kesehatan kulit dengan menggunakan masker tubuh, bersifat dingin dan sangat baik dilakukan sesudah massage. Kebanyakan maskernya dibuat dari buah-buahan seperti bengkuang, pisang, tomat, wortel, strawberry, alpukat, delima dan juga mangir.

Body Scrub / Lulur merupakan body treatment dengan melumuri dan menggosok tubuh dengan berbagai macam ramuan. Treatment ini bertujuan untuk mengangkat sel-sel kulit mati, kotoran, dan membuka liang roma sehingga kulit dapat bernafas serta menjadi sihat, lebih cerah, dan segar.

Aromaterapi merupakan treatment yang menggunakan aroma untuk merilekskan tubuh anda. Ada beberapa macam seperti aromatherapy bath dan aromatherapy massage saat memasuki suatu spa telah tercium aroma yang khusus dan biasa dikenal dengan room aromatherapy.

Couple Treatment memiliki dua pengertian dalam dunia spa. Yang pertama adalah perawatan spa khusus suami isteri yang bertujuan untuk mempererat hubungan suami dengan isterinya. Kedua adalah perawatan untuk satu orang yang di handle oleh dua orang therapist.

Destination Spa atau the real spa merupakan pelayanan spa yang memberikan kesan relaksasi secara total dengan kemudahani yang lengkap. Destination spa biasanya menjadi sebuah paket wisata kerana pengguna harus tinggal di sebuah tempat selama sekitar 2 sampai 4 hari untuk mengikuti semua program yang sudah disiapkan. Paket spa seperti ini sangat ketat aturan dan jadualnya kerana orang datang ke sini benar-benar untuk relaksasi, berolahraga dan diet makanan yang benar-benar sihat.

Family Friendly Spa merupakan treatment yang diberikan oleh spa bagi ibu yang baru melahirkan dan bayinya (setelah 40 hari), treatment yang diberikan antara lain adalah baby massage dan bust treatment.

Galvanic Ultrasound merupakan treatment yang dilakukan untuk menyembuhkan ketegangan otot.

Hidroterapi merupakan dasar dari pembentukan spa kerana erti spa seperti telah disebutkan adalah sihat melalui terapi air. Beberapa contoh hidroterapi antara lain, thalasotherapy, underwater massage, dan bubble bath atau jacuzzi. Salah satu treatment yang terkenal dalam dunia spa adalah ayurveda treatment dan berasal berasal dari India. Ayurveda merupakan salah satu bentuk treatment yang terdiri dari berbagai herbal, makanan, acupressure massage dan dll.

Jacuzzi merupakan salah satu bentuk hidroterapi dimana anda akan berendam di dalam suatu kolam yang mengeluarkan gelembung-gelembung udara. Hal ini berfungsi untuk menghilangkan kepenatan-kepenatan tubuh. Keseimbangan dari Spa adalah bertujuan untuk memberikan keseimbangan bagi jiwa, raga dan sukma. Keseimbangan raga melalui berbagai body treatment dan keseimbangan sukma tercapai setelah berbagai treatment yang diberikan oleh spa tersebut. Sehingga anda akan merasa bersih dan sihat serta dapat melakukan aktiviti-aktivit sehari-harinya dengan baik.

Medical Spa lebih bertujuan untuk rehabilitasi. Biasanya staff dan doktornya lebih lengkap untuk melakukan pengawasan dan bimbingan dalam melakukan terapi tertentu.Di Pusat RAwatan Madinatul Asrar kami menyediakan terapi Medical Spa menggunakan mesin SG-2000.

Natural Herbs bahan-bahan yang umumnya dipakai di spa biasanya sangatlah alami. Seperti untuk mandi digunakan akar wangi, temu giring, kunyit, dan daun sirih. Sedangkan untuk lulur digunakan temu giring, tepung beras, kunyit, temu kuning, temu lawak dan daun kemuning.

Oxygen Facial Therapy merupakan treatment yang menggunakan semacam alat untuk menyerap oksigen dari alam sehingga menghasilkan oksigen murni (90%). Treatment diberikan dengan menggunakan suntikan (sehingga oksigen masuk ke dalam pori-pori), spray dan inhalasi. Treatment ini bertujuan untuk merawat wajah.

Pressotherapy merupakan terapi yang dilakukan dengan menggunakan semacam kasut yang dapat diisi dengan udara. Anda duduk di kerusi lalu menggunakan sepatu tersebut, berdasarkan suatu irama tertentu sepatu tersebut diisi dengan udara dan dikosongkan lagi. Terapi ini bertujuan untuk menstimulasi sirkulasi darah dari kaki dan mendorong racun-racun yang telah terakumulasi di kaki untuk bergerak ke saluran pembuangan tubuh. Hal tersebut akan mengurangi pembengkakan dan rasa berat yang dirasakan di kaki.

Retail Spa adalah spa-spa yang biasanya terdapat di hotel atau resor. Spa ini hanya merupakan tambahan yang ditawarkan oleh hotel atau resor.

Sauna merupakan salah satu fasiliti yang diberikan oleh spa. Sauna bertujuan untuk mengurangi stres, memperlancar peredaran darah dan mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh melalui keringat.

Ultrasound therapy merupakan terapi yang menggunakan gelombang suara dengan frekuensi tinggi. Terapi ini diberikan dengan menggunakan semacam gel yang membantu gelombang suara tersebut untuk masuk ke dalam tubuh. Kegunaan dari terapi ini adalah untuk memperlancar peredaran darah, menghasilkan efek penghilang rasa sakit yang dapat mengurangi kejang-kejang otot serta menghilangkan bekas-bekas luka.

Vichy Shower merupakan suatu bentuk hydrotherapy yang berbentuk seperti pancuran air dimana tekanan dan suhu bisa diatur disesuaikan dengan keperluan tamunya. Treatment ini memberi semacam pengurutan melalui pancaran air ke seluruh tubuh untuk santai serta menstimulasi badan dan fikiran.

Waxing merupakan salah satu pelayanan yang diberikan oleh spa. Pelayanan ini bertujuan untuk menghilangkan rambut-rambut tubuh yang tidak diinginkan.

Pernafasan merupakan salah satu pelatihan yang diberikan oleh spa untuk dikombinasikan dengan fasiliti-fasiliti yang dimilikinya. Pernafasan merupakan suatu bentuk pelatihan untuk menyeimbangkan keadaan seseorang dengan dunia kosmik melalui physical disciplines (posisi tubuh) dan mental disciplines (meditasi). Setelah anda melakukan spa maka akan mendapatkan kesegaran sehingga anda akan tidur yang nyenyak dan pada pagi hari akan dapat melakukan aktiviti kesehariannya dengan lebih bersemangat.

Therapist merupakan karyawan spa yang bertugas untuk melayani konsumen spa. Seorang therapis harus mampu menjadi konsultan bagi konsumen untuk menentukan terapi-terapi apa saja yang diperlukan konsumen.

Quality suatu spa ditentukan oleh empat hal yaitu human resources, furniture, feature dan equipment. Seorang therapist di spa bukan hanya cuma mampu mengurut tapi ia juga harus mampu menjadi konsultan yang mempelajari keluhan konsumen, lalu memilihkan bentuk perawatan yang sesuai untuk konsumen tersebut. Selain therapist, penampilan dan fasiliti-fasiliti yang diberikan oleh suatu spa tentunya juga akan sangat mempengaruhi kualiti spa tersebut.

Energize Spa merupakan hasil layanan spa yang anda peroleh setelah memanfaatkan fasiliti-fasiliti yang ada di rumah spa, sehingga anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti keseharian dengan lebih bersemangat.

Selamat ber-spa ria di Madinatul Asrar

Categories: Medic Spa
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.