Home > Uncategorized > KIROPRAKTIK

KIROPRAKTIK

Chiropractic/kiropraktik

Chiropractic telah dipraktikkan di lebih dari 100 negara di dunia. Chiropractic mempercayai adanya hubungan antara suatu penyakit dengan perubahan posisi tulang belakang (yang melindungi sistem syaraf pusat di sepanjang rongganya). Dengan memperbaiki posisi tulang belakang sebagaimana mestinya, diharapkan keluhan-keluhan yang dirasakan akan membaik dan berangsur hilang. Chiropractic kebanyakan dipraktikalkan pada penyakit-penyakit dengan keluhan seperti sakit leher, ngilu sendi di tangan atau kaki, dan sakit kepala. Namun teknik ini juga tidak menutup kemungkinan penyembuhan untuk penyakit-penyakit lain.

Praktisi Chiropractic, yang juga disebut Chiropractors, dalam melakukan pemeriksaan, diagnosa dan pengubatan selalu melakukannya dengan menggunakan rabaan/urutan tangan, dan menghindari ubat-ubatan kimia.

Seorang Chiropractor harus memiliki keterampilan dan pengetahuan tentang teknik Chiropractic yang cukup, dan juga telah dilatih untuk mampu memberikan rekomendasi tentang latihan fizik untuk pengubatan dan pemulihan, juga harus mampu memberikan kaunseling untuk masalah nutrisi dan gaya hidup yang sihat.

Sebenarnya rawatan kiropraktik ini bermula se-awal tahun 1895 lagi. Selepas itu rawatan ini telah menular serata pelusuk di Amerika Syarikat, Australia dan Negara-negara Eropah dan dianggap sebagai rawatan alternatif.

Sejarah Kiropraktik:

 Di Negara-negara barat ini rata-rata mereka telah mengiktiraf teknik kiropraktik ini. Rawatan ini berbeza dengan rawatan alternative yang lain kerana ia mempunyai kolej-kolej yang tersendiri untuk mempelajari tentang rawatan kiropraktik ini. Mereka juga mempelajari sukatan pelajaran lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar jurusan kedoktoran yang lain. Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang Jaya. Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh (holistically) yang berkaitan denagn otot, skeleton, dan system saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, korda spina pula diliputi oleh 24tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitive.Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu system vascular darah dan system saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu system saraf. Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan didapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal” ujar Dr. Andre yang berasal dari Afrika Selatan ini. “ Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut,” ujarnya.

Ujian Fizikal Dan Diagnosis:

Bila seseorang pesakit datang meminta rundingan dari pakar kiropraktik pertama sekali doctor akan mencatat semua sejarah perubatan pesakit tersebut. Pakar Kiropraktik akan mengenal pasti kawasan yang sakit atau kecederaan. Ujian tulang belakang akan dilakukan untuk mengetahui keadaan otot, sendi (joint), ligament, tendon, system saraf dan tisu-tisu lembut yang lain. Selalunya pesakit dikehendaki untuk melakukan ujian X-Ray ataupun ujian darah. Rawatan kiropraktik ini menawarkan rawatan seperti fisioterapi, akuountur, pemakanan (nutrition), pemulihan (senaman) dan pemampatan unsur panas dan sejuk. Selain merawat sakit belakang kiropraktik juga boleh merawat bone spurs, sciatica, scoliosis, sakit lutut dan buku lali, whiplash, sindrom carpel tunnel, sakit kepala dan migraine, sakit leher, osteoporosis dan sebagainya. Kesan sampingan terhadap rawatan ini adalah paling minima. Pakar kiropraktik juga selalunya akan menasihati pesakit mengamalkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati. Tukarlah cara hidup, betulkan postur badan, jaga pemakanan, senaman yang betul dan sikap yang positif.

Kelebihan Kaedah Kiropraktik :

  • Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan
  • Meningkatkan tenaga Tidur yang lebih selesa
  • Membantu baiki postur tubuh
  •  Melambatkan penuaan Natural
  • Tidak sakit
  • Tiada ubat-ubatan.

 Caj Rawatan:RM20

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: