Home > Terapi > RAWATAN MANDI WAP SAUNA AROMATERAPI MADINATUL ASRAR

RAWATAN MANDI WAP SAUNA AROMATERAPI MADINATUL ASRAR

RAWATAN MANDI WAP SAUNA AROMATERAPI MADINATUL ASRAR

Masalah Berat Badan? Tiada Masa Untuk Bersenam & Beriadah?
Kos Rawatan & Kecantikan Di Salon Amat Tinggi?

Tahukah Anda?…

Kini Ada Kaedah Menjaga Kesihatan Diri, Mencantikkan Kulit Dan Mengembalikan Berat Serta Bentuk Badan Yang Ideal Hanya Di Keselesaan Rumah Anda Sendiri?

Asal Usul Sauna / Mandi Wap

Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakat Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.

Mandi Wap / Sauna tradisional melayu

Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

Kelebihan Sauna Herba ( Mandi Wap Herba) :

Kesan panas dari Wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa Mandi Wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap.

Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinusitis), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Sauna / Mandi Wap Herba sangat baik untuk :

  • Mengembalikan bentuk badan, menambah susu badan dan mencairkan lemak selepas bersalin.
  • Menggantikan sel-sel yang telah mati dan menyegarkan / memulihkan kulit.
  • Menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa segar dan ceria.
  • Memulihkan ketegangan otot dan menghilangkan migrain
  • Mencerahkan dan menghaluskan kulit jika selalu diamalkan
  • Memulihkan tenaga dan menyegarkan badan setelah penat bekerja
  • Memulihkan sakit otot dan sendi jika diamalkan berterusan
  • Mengurangkan Masalah Kurang tidur
  • Menormalkan tekanan darah
  • Anti Penuaan / Awet Muda
  • Menggantikan Bertangas bagi wanita yang sedang berpantang

Amalan tradisional, moden dilakukan kebanyakan wanita dan lelaki bertujuan untuk menaikkan seri wajah serta meningkatkan keyakinan diri. 

Categories: Terapi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: