Home > Uncategorized > TERAPI GUASA MADINATUL ASRAR

TERAPI GUASA MADINATUL ASRAR

TERAPI GUASA MADINATUL ASRAR

Terapi GUASA

Pengenalan:

‘Guasa‘ merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina. Ia merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesananya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.

Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup di dalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bitik merah kelihatan.

Faedah Guasa:

• Mudah dipelajari
• Boleh dilakukan pada bila-bila masa
• Tanpa sebarang kesan sampingan
• Boleh dilakukan dengan berpakaian.

Terapi Guasa Telah Dilupakan

Akibat daripada pengenalan teknologi perubatan yang moden, kepentingan kebanyakan tradisi telah diabaikan oleh masyarakat yang moden. Guasa juga dianggap sebagai rawatan tradisi yang tidak bersaintifik oleh generasi yang muda dan lama kelamaan, ianya dilupakan.

Kebangkitan Terapi Guasa

Cara kehidupan komuniti masa kini adalah amat tertekan disebabkan kemajuan dan perkembangan ekonomi yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan. Kebanyakan daripada kita kekurangan masa untuk melakukan senaman dan ini mengakibatkan gangguan kepada sistem metabolisma badan. Keadaan ini akan mengundang kehadiran komplikasi dalam kesihatan seperti penyakit-penyakit kronik yang sukar dirawati dengan menggunakan teknik perubatan moden.

Lantaran itu, terapi guasa telah digunakan kerana ia didapati mempunyai kesan yang memberangsangkan terhadap masalah kesihatan kita. Teknik guasa juga disokong oleh teori-teori perubatan yang maju. Tambahan pula, alat untuk guasa masa kini telah diperbaharui dan amat bersesuaian untuk dijalankan sebagai kaedah terapi yang amat praktikal oleh masyarakat moden.

Apakah Itu Guasa

Senaman yang betul adalah baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Ia juga merangsangkan kadar metabolisma kita dan membantu melambatkan proses penuaan. Malangnya, oleh kerana faktor masa dan ruangan yang terhad, senaman yang berterusan semakin sukar dilaksanakan oleh kebanyakan kita. Sebaliknya, tarapi Guasa adalah satu teknik yang praktikal kerana ai boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Dengan hanya melakukanya selama beberapa minit setiap hari, ianya sudah cukup untuk memberikan kesan yang efektif terhadap kesihatan kita.

Kebaikan Guasa

• Untuk meningkatkan metabolisma
• Untuk meningkatkan sistem pengangkutan darah
• Untuk merangsangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi dan membuang darah statis
• Untuk menguatkan sistem pertahanan badan
• Untuk menyerikan kulit dan tolong melambatkan proses penuaan
• Untuk menguatkan proses penuaan
• Untuk menguatkan badan
• Untuk merawat penyakit
• Untuk menunjukkan sumber penyakit

Alat-alat Yang Diperlukan Untuk Guasa

Minyak Aro Guasa:

Minyak guasa diperbuat daripada pati herba semulajadi yang dapat diserap dengan berkesan oleh kulit untuk membantu menggalakkan pengedaran darah.

Peringatan :

Jangan menggunakan bahan-bahan kimia ataupun losyen yang lain untuk tarapi guasa. Hanya minyak guasa sesuai digunakan untuk memperoleh faedah yang maksimum.

Papan Guasa:

Ia diperbuat daripada tanduk kerbau dan merupakan alat yang penebat elektrik. Ini menyebabkannya berkesan dan sesuai untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan. Kegunaan papan ini tidak menghasilkan sebarang geseran atau haba. Keberkesanan terapi guasa boleh ditingkatkan dengan menggunakan papan ini.

Peringatan:

Jangan rendamkan papan guasa di dalam air dan papan guasa perlu dikeringkan setelah di guna.

Alat urutan guasa yang di perbuat dari tanduk kerbau
Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa
1. Selsema
2. Buasir
3. Sembelit
4. Sakit Kepala
5. Insomnia
6. Kelesuan
7. Sakit Sendi
8. SakitPinggang Yang Teruk
9. Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang
10. Terseliuh
11. Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun
12. Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur
13. Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Semasa Haid
16. Kelemahan Fungsi Fisiologi
17. Kurangkan Lemak
18. Kelemahan Badan
19. Mengeluarkan Kahak
20. Myopia
21. Tersedu
22. Sakit Perut
23. Kurang Selera Makan
24. Cirit Birit
25. Mabuk Kereta
26. Mabuk Arak
27. Histeria
28. Bahu Dan Belakang Yang Tegang
29. Kekejangan Kaki Dan Abdomen
30. Tekanan Darah Rendah
31. Mata Yang Letih
32. Pening
33. Hidung Bengkak Dan Berair
34. Hidung Berdarah
35. Sakit Gigi
36. Rasa Muntah Semasa Mengandung
37. Kekurangan Penghasilan Susu
38. Keradangan Pundi Kencing
39. Kanak-kanak Yang Lemah
40. Kencing Semasa Tidur
41. Lelah
42. Tumor
43. Kaki Berbau Busuk 

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: