Home > Medic Spa > MANDIAN KECANTIKAN & PERAWATAN DIRI MADINATUL ASRAR

MANDIAN KECANTIKAN & PERAWATAN DIRI MADINATUL ASRAR

MANDIAN KECANTIKAN & PERAWATAN DIRI MADINATUL ASRAR

RAWATAN MANDI SUSU

Suka susu? Apa kata jadikan susu sebagai bahan asas kecantikan anda untuk jadikan susu sebagai rutin mandian kecantikan anda.

Susu memang banyak manfaatnya.Tidak hanya menyihatkan badan, cairan putih ini juga mampu memutihkan,menghalus,menyegar dan memberikan seri pada kulit.

Mandi susu biasanya dilakukan di salun kecantikan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada tubuh termasuk untuk mencerahkan warna kulit tanpa melibatkan bahan kimia.

MANDI SUSU CLEOPATRA

-amat sesuai jika anda mempunyai kulit yang kering.mandi susu adalah satu kaedah perawatan yang amat popular dikalangan bakal pengantin,kerana ia bukan saja boleh menyegarkan tubuh,malah ia juga mampu melembutkan kulit tubuh dan seterusnya mencerahkannya. Ia amat mujarab untuk mereka yang sering mengalami ketegangan dan tekanan dikepala. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh,mandian ini juga mampu memutih,melembut dan membersihkan tubuh.

MANDI SUSU 3R SPA

Suatu perawatan yang sangat efektif melalui mandi susu dengan aroma yang segar, akan membuat kulit lembut, halus dan segar. Milk Body dan Milk Bath yang mengandung susu murni yang merupakan serangkaian perawatan yang serasi.

CUCUMBER BODY MASKER

JERAWATdimuka mungkin biasa,bagaimana dengan jerawat di bahagian belakang badan,walaupun bahagian ini tersembunyi dan tidak nampak di pandang seperti di muka,tetapi masalah ini tidk boleh dibiarkan kerana apabila berpeluh,baju menjadi lembap dan ini akan menggalakkan pertumbuhan jerawat.
Untuk mengatasi masalah ini pada klien ,ahli therapist Madinatul Asrar akan melakukan Cucumber Body Masker kerana khasiatnya bukan hanya untuk menghilangkan jerawat,bintik-bintik hitam malah menyejukkan kulit terbakar Serta dapat menanggalkan kotoran kulit mati.

DEODORANT HERBAL

Ramuan ini berfungsi untuk mengusir bau badan sekaligus bertindak sebagai anti peluh.Fungsi deodorant herbal formulasi Dr.Rizal ini sama fungsinya dengan deodorant dipasaran,yang penting ia bebas dari bahan kimia.

RAWATAN AWET MUDA

Setiap orang dambakan awet muda dengan mempunyai kulit yang tegang,halus dan berseri. Sayangnya,pengaruh pola hidup seringkali membuat kulit mudah mengalami penuaan diri.

MADINATUL ASRAR KURMA BODY SCRUB

BUAH Kurma memiliki khasiat yang dipercayai dapat membuat wajah tampak bersinar dan mencegah infeksi kulit.
Kandungan vitamin B6 dan protein yang terkandung di dalam setiap kurma dapat mencegah dermatitis atau infeksi kulit menjaukan kulit dari kerutan dan penuaan sehingga kulit tampak segar bersinar.

MANDI WAP BEREMPAH(SAUNA HERBA)

-Jika anda inginkan kelainan, disamping untuk tampil ceria dan bermaya,apa kata jika anda mencuba sauna herba. Sauna herba yang terdiri daripada campuran rempah dan herba tradisionsal yang harum seperti kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,asam keping,pinang muda,sirih,halia dan rempah harum seri Madinatul Asrar. Ia bukan saja boleh mengharumkan tubuh malah dari sudut kesihatannya juga boleh melancarkan perjalanan darah,membuang angin,mengelak dari pertumbuhan bacteria,membersihkan udara dalam badan,menghilangkan kulat dan fungus ditubuh, membetulkan urat saraf dan mengekalkan kesegaran tubuh

BEDAK LULUR PUTERI TERATAI EMAS
Khasiat:

-Terapi ini amat terkenal dikalangan bangsawan istana zaman dahulukala..Berkhasiat untuk membantu mengekalkan kulit yang halus,berseri-seri,licin dan kekal kejelitaan semulajadi.Haruman bedak lulur ini membangkitkan aroma kesegaran dan menenangkan fikiran yang kusut.RM60 (sekali rawatan)

TERAPI TRADISI MANDIAN PUTERI SANTUBONG

-Terapi istimewa ini khusus untuk wanita,dari warisan khazanah pusaka melayu lama yang sangat bermanfaat untuk membangkitkan pesona diri,wajah bercahaya dan sangat berseri-seri,menguatkan semangat diri,mengatasi stress,menenangkan fikiran,menyihatkan mata, memberikan ketenangan,badan terasa sangat segar dan sihat,bagus untuk mereka yang bakal pengantin,mereka yang lambat jodoh dll-RM199 (hendaklah menempah sehari lebih awal untuk mandi ini kerana bahan-bahan perlu direndam semalaman untuk pencerahan.)

MANDI LIMAU
Baik untuk membuang bisa-bisa badan, lenguh sendi, menghindari dari bau badan yang tidak menyenangkan, memulihkan tenaga, menghindari migrain, memperkuat tenaga batin dan masalah mati pucuk untuk lelaki.

MANDI GARAM KRISTAL MADINATUL ASRAR
Membuang tenaga negatif dan memulihkan aura. MemberiMembuang tenaga negatif dan memulihkan aura. Memberi ketenangan ketahap frekuensi gelombang alpha, kesegaran, menghaluskan kulit, merawat penyakit Kulit dan Dalaman secara semulajadi

AIR RENDAMAN HALIA BARA MADINATUL ASRAR…menyegarkan kaki serta mencantikkan kuku kaki.
Khasiat:
Ramuan halia bara ini baik bagi mengubati kulit terutama untuk tumit kaki yang pecah.Ia mampu menyegarkan kaki serta mencantikkan kuku kaki. Segala kotoran akan keluar dan hasilnya kaki akan lebih bersih dan cantik.

MANDIAN LENGKUAS UNTUK JEJAKA
Mampu menguatkan tenaga dalaman serta memulihkan otot-otot yang lemah dan membuang angin
Khasiat:
Mandian lengkuas ini amat baik untuk jejaka bagi membersihkan sekitar alat kelamin. Ia dapat memberi kesegaran pada tubuh badan dengan aroma yang menenangkan fikiran.Ia juga mampu menguatkan tenaga dalaman serta memulihkan otot-otot yang lemah dan membuang angin.

RAMUAN MEMBAKAR LEMAK DI BADAN
Khasiatnya:
Ia mampu membakar lemak dan membuang angin dalam badan. Kesan lemak yang ‘dibakar’ dapat dirasai serta-merta. Selain itu,ia amat baik diamalkan oleh wanita yang baru bersalin, bermasalah keputihan dan lelaki yang berperut buncit.Ia juga dapat menghilangkan sakit pinggang,sakit-sakit sendi dan membantu merampingkan tubuh badan.

Categories: Medic Spa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: