Home > Rawatan > RAWATAN EPILEPSI MADINATUL ASRAR

RAWATAN EPILEPSI MADINATUL ASRAR

RAWATAN EPILEPSI MADINATUL ASRAR

Apakah itu epilepsi?

Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang serius.

Terdapat dua jenis sawan:

1. Sawan menyeluruh

Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal) , ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal) dan Mioklonik.

2. Sawan separa – Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:

separa kompleks
separa ringkas

Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:

Sindrom West – Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 bulan.
Sindrom Lennox-Gastaut – Melibatkan kanak-kanak yang muda. Ini merupakan epilepsi yang paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang muda.

Bagaimanakah epilepsi ini terbentuk?

Otak manusia terdiri dari berbilion-bilion neuron (sel saraf). Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui aktiviti elektrik. Aktiviti elektrik yang kecil-kecil inilah yang menjadi penggerak utama bagi kesemua tindakan dan pemikiran. Oleh itu, jika neuron-neuron ini mengalami masalah untuk berhubung antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yang serius.

Neuron bertukar ganti maklumat sesama sendiri melalui proses elektrokimia. Proses ini boleh dikesan dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG). Kadangkala, gangguan keadaan kimia di otak boleh mengganggu proses elektrokimia ini dan mengakibatkan sawan berlaku. Seseorang individu yang menghidap sawan akan menunjukkan corak aktiviti elektrik otak yang tidak normal melalui pemeriksaan EEG.

Apakah penyebab epilepsi?

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikit sebanyak berhubungkait dengan umur.

Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:

1. Penyebab yang biasa

kecederaaan di kepala.
faktor genetik.
tumor otak.
tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu – pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).
Paradoksikal/tindakbalas yang luarbiasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.

2. Penyebab pada orang dewasa:

Sklerosis (parutan) hipokampus – bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak).

penyalahgunaan alkohol atau dadah.

Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stres, antipsikotik atau dadah antiepilepsi.

Jangkitan kuman seperti meningitis dan ensefalitis.

Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum di tempat kerja.

penyakit kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).

3. Penyebab pada kanak-kanak

Demam yang kuat.
Suntikan vaksin – sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.

Sawan aruhan televisyen – sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama.

Kecacatan sewaktu lahir.

Kerosakan otak.

Keracunan.

Kecederaan di kepala.

Ubat-ubatan seperti melatonin – sejenis hormon yang digunakan untuk mengawalatur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.

Pada sesetengah wanita, epilepsi mungkin dicetuskan oleh perubahan hormon. Ia biasanya berlaku pada minggu sebelum datangnya haid.

Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko epilepsi?

Faktor risiko utama yang diketahui ialah keturunan. Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko epilepsi termasuklah:

Kecederaan di kepala seperti selepas jatuh, kemalangan jalan raya ataupun kecederaan semasa bersukan.

Strok/angin ahmar.

Jangkitan kuman pada sistem saraf pusat seperti meningitis (keradangan meninges yang merupakan 3 lapisan membran tisu perantara yang mengalas tengkorak dan saluran vertebra. Ia juga menutupi otak dan saraf tunjang. Jangkitan ini disebabkan oleh kuman virus atau bakteria yang menyebabkan pneumonia, siplis atau tibi).

Penyakit kemorosotan sistem saraf pusat (seperti penyakit Alzheimer . berbentuk penyakit demansia berlaku di kalangan mereka di pertengahan umur dan wargatua. Penyakit ini tidak boleh dirawat)

Jika anda,atau ahli keluarga atau teman dan sebagainya yang menderita masalah epilepsi ini,silalah datang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Madinatul Asrar ini dengan segera! 

Categories: Rawatan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: