Home > Rawatan > RAWATAN KETAGIHAN ALKOHOL DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN KETAGIHAN ALKOHOL DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN KETAGIHAN ALKOHOL DI MADINATUL ASRAR

KETAGIHAN ALKOHOL
Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

• Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
• Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
• Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
• Ulser dan gastritis
• Kecederaan otak dan masalah saraf
• Masalah jantung dan tekanan darah
• Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
• Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
• Masalah seksual
• Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME – FAS)

FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:
• Kekurangan berat badan.
• Kurang tinggi
• Kepala kecil
• Masalah jantung
• Kecacatan kaki-tangan serta sendi
• Koordinasi yang lemah
• Hilang ingatan
• Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.

Sekiranya ada diantara pembaca blog ini samaada diri sendiri,ahli keluarga,teman dan sebagainya yang mengalami masalah ketagihan alkohol yang kronik,silakan datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk mendapatkan rawatan menghilangkan ketagihan alkohol,rawatan ditempat kami adalah unik dan berbeza dari tempat lain kerana gabungan rawatan yang lengkap meliputi gabungan perubatan moden,saintifik dan spiritual beserta herba dan akupuntur,bekam dan lain-lain rawatan khusus! 

Categories: Rawatan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: