Home > Rawatan > RAWATAN MASALAH BERDENGKUR MADINATUL ASRAR

RAWATAN MASALAH BERDENGKUR MADINATUL ASRAR

MASALAH BERDENGKUR

Jantung dan paru-paru yang sihat akan memastikan saluran pernafasan berfungsi dengan baik. Tetapi jangguan pada rentak jantung akan mengakibatkan sistem pernafaan terganggu dan tidk berlaku isyarat timbal balik oleh saraf yang mengawal diafragma (saluran di bawah paru-paru) yang mengawal pernafasan. Akibatnya paru-paru seperti tidak bernafas. Tetapi masalah ini boleh diatasi ketika sedang sedar iaitu menarik dan menghembuskan nafas dengan sendiri. Tetapi ketika sedang tidur, saluran tersebut tidak dapat dikawal. Maka berlakulah dengkuran.

Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung. Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.

Perhatikan bayi anda, sekiranya dia berdengkur ketika tidur, bermakna dia sedang mengalami masalah rentak jantung.

Antara karektor yang dapat kita kenal pasti terhadap bayi atau kanak-kanak yang mengalami masalah jantung ialah dia suka meragam, tidak suka dengan orang lain (misalnya apabila orang lain minta dukung, dia tidak mahu). Ketika berumur 5 tahun, dia kerap menangis (selama berhari-hari) setiap kali ditinggalkan di Nurseri atau tadika. Dia mudah rasa bosan dan takut jika ditinggalkan keseorangan.

Semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin kronik tahap kesihatan jantung.

Langkah mengatasi masalah tidur berdengkur

1. Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur.

2. Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.

3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jatung berbabas dari sesuatu tekanan.

4. Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.

5. Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.
6. Tidur dalam keadaan duduk menegak pada waktu siang atau selepas makan amat digalakkan supaya makanan dapat dihadam dengan sempurna dan tidak membebankan jantung.

Sebenarnya masalah tidur berdengkur masih boleh dirawat. Rawatan akan ditumpukan lebih kepada bahagian Jantung. Tetapi pemeriksaan perlu untuk mengenalpasti punca sebenar.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan di Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk merawat masalah tidur berdengkur atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya di talian: 0128802035. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah. 

Categories: Rawatan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: