Home > Rawatan > RAWATAN PENYAKIT GHOUT DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN PENYAKIT GHOUT DI MADINATUL ASRAR

RAWATAN PENYAKIT GHOUT DI MADINATUL ASRAR

MENGHADAPI MASALAH DENGAN PENYAKIT GHOUT ?

SUKAR BERPANTANG MAKANAN KEGEMARAN ANDA ?

MUNGKIN RAWATAN ALTERNATIF INI BOLEH MEMBANTU ANDA

Kini telah ada Rawatan Berkesan untuk penyakit Gout di Pusat Rawatan Madinatul Asrar berupaya menghilangkan bengkak & mungkin anda tidak perlu menahan diri lagi daripada makanan kesukaan anda ( pulut, buah nangka dll )

A. Perihal Penyakit Gout
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi ( monoartritis ), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Pesakit-pesakit yang menghidap ghout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

B. Tanda-Tanda Penyakit Gout

Gambaran di atas yang amat jelas menunjukkan keadaan bengkak dan sakit keterlaluan yang merupakan gejala-gejala utama bagi penyakit gout

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal atau lebih dikenali sebagai “penyakit batu karang di dalam ginjal”.

C. Peringkat-Peringkat Penyakit Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata :
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal ( penyakit batu karang dalam pundi kencing & saluran kencing ) boleh juga terjadi.

D. Diagnosis Penyakit Gout

Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.

Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.

E. Rawatan Moden Penyakit Gout

Ubat Penahan Sakit

Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.

Kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus . NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.

Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan , tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara.

Untuk kes-kes gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan sendi.

Oleh itu, Pusat Rawatan Madinatul Asrar memperkenalkan rawatan berasaskan Herba Anugerah Alam dan rawatan khusus yang telah terbukti Berjaya mengurangkan bengkak gout dengan cepat dan menghalangnya daripada terbentuk jika diamalkan berterusan. Malah, daripada komen pengguna-pengguna produk ini, mereka sudah boleh memakan makanan-makanan kegemaran mereka tanpa perlu risau lagi dengan mengamalkan Ubat Herba Penyakit Gout dari Pusat Rawatan Madinatul Asrar .

F. Penyakit Gout Merosakkan Kulit

Kulit mungkin akan gugur, disebabkan bengkak yang berpanjangan di sekitar sendi terjejas. Ini paling ketara ketika jari-jari kaki terlibat dan mungkin akan mengakibatkan jangkitan kulat di kawasan antara jari-jari kaki jika kawasan-kawasan itu lembap.

G. Sejarah Penyakit Gout

Secara tradisi, gout dianggap sebagai satu penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas, disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang khusus.

Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam sejarah.

Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta – istilah gout berasal daripada perkataan ini. 

Categories: Rawatan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: