Home > Akupuntur > TERAPI AKUPUNTUR JARUM MADINATUL ASRAR

TERAPI AKUPUNTUR JARUM MADINATUL ASRAR

TERAPI AKUPUNTUR JARUM MADINATUL ASRAR

AKUPUNTUR JARUM

Pengenalan Akupuntur

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.

Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Rawatan Akupuntur

Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala.

Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan .

Setiap pesakit ditusuk jarum dengan frekuensi berbeza, dari sekali seminggu sampai tiga kali seminggu menurut tingkat penyakit yang diderita. Idealnya, menurut Dr. Rizal, seminggu tiga kali untuk semua penyakit. Kalau seminggu sekali kesannya tidak begitu bagus. Tapi, kalau pesakit tidak banyak waktu, dapat dilakukan seminggu dua kali. Bahkan kalau terpaksa, umpamanya untuk pesakit luar kota atau pulau, terapi dapat dilakukan setiap hari untuk mengurangi perbelanjaan tambang pengangkutan. “Hasilnya bagus juga.

Satu seri terapi sebanyak 12 kali tindakan. Meski demikian kalau setelah tiga atau empat kali tindakan hasilnya sudah bagus, terapi tidak perlu dilanjutkan. Pengubatan dengan cara ini tidak harus sampai berurutan. “Ada yang baru sekali tusuk, sudah sembuh. Itu kalau penyakitnya baru. Untuk penyakit yang degil, boleh diterapi sehingga tiga kali.”

Jumlah jarum yang ditusukkan pada setiap kali terapi berbeza-beza tergantung pada keperluan dan jenis penyakitnya. Untuk sakit gastrik, cukup satu titik pada titik lambung. Sedangkan untuk diabetes perlu penusukan titik-titik diabetes di sepanjang tulang belakang. Banyaknya 6 – 8 titik. Namun, tak tertutup kemungkinan adanya titik tambahan di kaki dan tangan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. “Pada prinsipnya dipilih titik utamanya dulu, baru kemudian ditambah titik pendukungnya. Bahkan, bagi yang merasakan nyeri di seluruh badan dapat ditusuk sampai 30 jarum.”

Dalam kes penurunan berat badan, si pesakit ditusuk pada lima titik di telinga, yakni titik lapar, titik metabolik, titik thyroid, titik lambung, dan titik hypothalamus. Dengan tusukan itu, pesakit akan makan sesuai keperluan tubuhnya dan enzim ATP (enzim pembakar kalori) dipengaruhi. Nafsu makan berlebihan dapat ditekan sehingga keinginan nafsu makan berkurang dan rasa kenyang dapat dipertahankan. Kesan diet seperti lesu dan lemas diatasi dengan penusukan pada titik lambung dan tiroid. Meski sedang menjalani terapi, pesakit dianjurkan tetap diet dan olahraga. Pada anak-anak disarankan menghindari makanan ringan dan coklat.

Pada penderita penyakit jantung koroner, terapi akupunktur dapat memperbaiki energi pada organ jantung, juga meridian sekitar jantung sehingga rasa sakit akibat penyempitan koroner atau pun tegangan pembuluh darah koroner dapat dikontrol. Sedangkan pada kes nyeri otot, akupunktur melancarkan energi pada otot yang kaku, sehingga pengendapan asam susu dari asam urat di sekitar otot yang sakit dapat larut dan terangkut ke organ pengeluaran.

Pada penderita diabetes, akupunktur mampu menurunkan kadar gula darah dengan jalan mempengaruhi daya kerja pankreas. “Bahkan, pesakit yang tadinya harus selalu disuntik insulin, dengan akupunktur dapat lepas dari insulin. Asalkan pankreasnya masih berfungsi minimum 25 persen. Kurang dari itu, sulit untuk diperbaiki. Namun, keadaannya dapat dipertahankan dengan terapi akupunktur agar tidak lebih buruk lagi. Tiap tiga bulan pesakit menjalani terapi sebanyak satu set. Dengan begitu gula darahnya dapat stabil, meskipun masih tinggi.”

Terhadap penyakit kanser, akupunktur dapat mengurangi nyeri, meningkatkan daya tahan tubuh, memberi rasa nyaman pada pesakit yang kansernya sudah menyebar, dan menghambat penyebaran.

Penanganan medis terhadap orang tidak memiliki keturunan biasanya cuma mengotak-atik organ reproduksi, tetapi dalam kedoktoran Cina, organ ginjal kanan, yang dianggap sebagai sumber “api” abadi, juga diperhatikan. Kalau jumlah sperma suami kurang, ertinya dingin. Terapi diberikan pada titik ginjal kanan, dan juga penghangatan pada titik tiga jari di bawah pusar (solar flexus) selama 15 minit. Kalau siklus menstruasi isteri tidak normal, “api” pada ginjal kanan mesti diperbaiki terlebih dahulu.

Dunia akupunktur memang menganggap ginjal sebagai organ unik. Ginjal kiri berfungsi membersihkan tubuh dari racun. Ginjal kanan merupakan faktor keturunan dan disebut Ming Men (Ming = kaisar, Men = api atau pintu).
Jadi, terapi akupunktur tidak cuma menghilangkan gejala penyakitnya, juga penyebabnya.

Pada orang dewasa jarum yang ditusukkan didiamkan beberapa saat, sebelum kemudian dicabut lagi. Lamanya tusukan berbeza-beza menurut penyakitnya. Untuk penyakit gastrik, gula, menstruasi tidak teratur, lamanya penusukan 15 minit. Untuk nyeri, 20 – 30 minit. “Tapi 15 minit, apa pun sudah tercapai. Paling ideal 17 minit. Menurut istilah Cinanya, Ping Puk Ping Sie, setengah tonifikasi (mengangkat), setengah menekan,”. Sedangkan pada bayi, jarum diangkat segera setelah ditusukkan.

Pada keadaan normal, kulit yang ditusuk dengan jarum biasa akan merasakan sakit. “Sebaliknya, kalau dengan jarum akupunktur, tidak merasakan sakit, malahan hangat,”

Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.

Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian.

Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.
Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britan para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .

Akupuntur jarum Madinatul Asrar

-Terapi yang dikenali ramai dengan menggunakan jarum khusus yang sangat halus untuk rawatan segala penyakit medik seperti lumpuh,stroke,sakit urat,diabetes,kanser dan sebagainya

Caj Perkhidmatan:

Sila hubungi Dr.Rizal untuk mengetahui kos rawatan akupuntur.

Categories: Akupuntur
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: