ARTIKEL MENARIK

Chikungunya – Cara Pencegahan dan Kawalan

 

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam.

Cara Pencegahan

Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES. Nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.

Cara-Cara Kawalan Di Dalam Rumah

* Basuhlah tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap minggu sebelum mengisi air yang baru.

* Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok hingga bersih.

* Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.

* Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.

* Masukkan ubat Abate pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatannya.’

Cara-Cara Kawalan Di Luar Rumah

* Tanam semua benda buruk/bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebagainya

* Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.

* Tutup lubang saluran udara (“air vent”) di tangki najis dengan jaring untuk mencegah nyamuk masuk.

Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam, pergilah dengan segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran untuk mendapat rawatan.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: