Archive

Archive for the ‘Akupuntur’ Category

TERAPI AKUPUNTUR JARUM MADINATUL ASRAR

TERAPI AKUPUNTUR JARUM MADINATUL ASRAR

AKUPUNTUR JARUM

Pengenalan Akupuntur

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.

Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Rawatan Akupuntur

Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala.

Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan .

Setiap pesakit ditusuk jarum dengan frekuensi berbeza, dari sekali seminggu sampai tiga kali seminggu menurut tingkat penyakit yang diderita. Idealnya, menurut Dr. Rizal, seminggu tiga kali untuk semua penyakit. Kalau seminggu sekali kesannya tidak begitu bagus. Tapi, kalau pesakit tidak banyak waktu, dapat dilakukan seminggu dua kali. Bahkan kalau terpaksa, umpamanya untuk pesakit luar kota atau pulau, terapi dapat dilakukan setiap hari untuk mengurangi perbelanjaan tambang pengangkutan. “Hasilnya bagus juga.

Satu seri terapi sebanyak 12 kali tindakan. Meski demikian kalau setelah tiga atau empat kali tindakan hasilnya sudah bagus, terapi tidak perlu dilanjutkan. Pengubatan dengan cara ini tidak harus sampai berurutan. “Ada yang baru sekali tusuk, sudah sembuh. Itu kalau penyakitnya baru. Untuk penyakit yang degil, boleh diterapi sehingga tiga kali.”

Jumlah jarum yang ditusukkan pada setiap kali terapi berbeza-beza tergantung pada keperluan dan jenis penyakitnya. Untuk sakit gastrik, cukup satu titik pada titik lambung. Sedangkan untuk diabetes perlu penusukan titik-titik diabetes di sepanjang tulang belakang. Banyaknya 6 – 8 titik. Namun, tak tertutup kemungkinan adanya titik tambahan di kaki dan tangan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. “Pada prinsipnya dipilih titik utamanya dulu, baru kemudian ditambah titik pendukungnya. Bahkan, bagi yang merasakan nyeri di seluruh badan dapat ditusuk sampai 30 jarum.”

Dalam kes penurunan berat badan, si pesakit ditusuk pada lima titik di telinga, yakni titik lapar, titik metabolik, titik thyroid, titik lambung, dan titik hypothalamus. Dengan tusukan itu, pesakit akan makan sesuai keperluan tubuhnya dan enzim ATP (enzim pembakar kalori) dipengaruhi. Nafsu makan berlebihan dapat ditekan sehingga keinginan nafsu makan berkurang dan rasa kenyang dapat dipertahankan. Kesan diet seperti lesu dan lemas diatasi dengan penusukan pada titik lambung dan tiroid. Meski sedang menjalani terapi, pesakit dianjurkan tetap diet dan olahraga. Pada anak-anak disarankan menghindari makanan ringan dan coklat.

Pada penderita penyakit jantung koroner, terapi akupunktur dapat memperbaiki energi pada organ jantung, juga meridian sekitar jantung sehingga rasa sakit akibat penyempitan koroner atau pun tegangan pembuluh darah koroner dapat dikontrol. Sedangkan pada kes nyeri otot, akupunktur melancarkan energi pada otot yang kaku, sehingga pengendapan asam susu dari asam urat di sekitar otot yang sakit dapat larut dan terangkut ke organ pengeluaran.

Pada penderita diabetes, akupunktur mampu menurunkan kadar gula darah dengan jalan mempengaruhi daya kerja pankreas. “Bahkan, pesakit yang tadinya harus selalu disuntik insulin, dengan akupunktur dapat lepas dari insulin. Asalkan pankreasnya masih berfungsi minimum 25 persen. Kurang dari itu, sulit untuk diperbaiki. Namun, keadaannya dapat dipertahankan dengan terapi akupunktur agar tidak lebih buruk lagi. Tiap tiga bulan pesakit menjalani terapi sebanyak satu set. Dengan begitu gula darahnya dapat stabil, meskipun masih tinggi.”

Terhadap penyakit kanser, akupunktur dapat mengurangi nyeri, meningkatkan daya tahan tubuh, memberi rasa nyaman pada pesakit yang kansernya sudah menyebar, dan menghambat penyebaran.

Penanganan medis terhadap orang tidak memiliki keturunan biasanya cuma mengotak-atik organ reproduksi, tetapi dalam kedoktoran Cina, organ ginjal kanan, yang dianggap sebagai sumber “api” abadi, juga diperhatikan. Kalau jumlah sperma suami kurang, ertinya dingin. Terapi diberikan pada titik ginjal kanan, dan juga penghangatan pada titik tiga jari di bawah pusar (solar flexus) selama 15 minit. Kalau siklus menstruasi isteri tidak normal, “api” pada ginjal kanan mesti diperbaiki terlebih dahulu.

Dunia akupunktur memang menganggap ginjal sebagai organ unik. Ginjal kiri berfungsi membersihkan tubuh dari racun. Ginjal kanan merupakan faktor keturunan dan disebut Ming Men (Ming = kaisar, Men = api atau pintu).
Jadi, terapi akupunktur tidak cuma menghilangkan gejala penyakitnya, juga penyebabnya.

Pada orang dewasa jarum yang ditusukkan didiamkan beberapa saat, sebelum kemudian dicabut lagi. Lamanya tusukan berbeza-beza menurut penyakitnya. Untuk penyakit gastrik, gula, menstruasi tidak teratur, lamanya penusukan 15 minit. Untuk nyeri, 20 – 30 minit. “Tapi 15 minit, apa pun sudah tercapai. Paling ideal 17 minit. Menurut istilah Cinanya, Ping Puk Ping Sie, setengah tonifikasi (mengangkat), setengah menekan,”. Sedangkan pada bayi, jarum diangkat segera setelah ditusukkan.

Pada keadaan normal, kulit yang ditusuk dengan jarum biasa akan merasakan sakit. “Sebaliknya, kalau dengan jarum akupunktur, tidak merasakan sakit, malahan hangat,”

Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.

Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian.

Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.
Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britan para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .

Akupuntur jarum Madinatul Asrar

-Terapi yang dikenali ramai dengan menggunakan jarum khusus yang sangat halus untuk rawatan segala penyakit medik seperti lumpuh,stroke,sakit urat,diabetes,kanser dan sebagainya

Caj Perkhidmatan:

Sila hubungi Dr.Rizal untuk mengetahui kos rawatan akupuntur.

Categories: Akupuntur

MADINATUL ASRAR LASER ACUPUNTRE TREATMENT

MADINATUL ASRAR LASER ACUPUNTRE TREATMENT

MADINATUL ASRAR LASER ACUPUNCTURE

Laser merupakan teknologi baru yang telah dimajukan sejak tahun 1960 berdasarkan optic, spektroskopi, elektronik kuantum dan teknologi elektrik. Kewujudannya membawa satu pembangunan yang hebat kepada bidang sains perubatan. Pada tahun 1980, ia telah digunakan dengan meluasnya dalam pelbagai bidang perubatan. Pusat Rawatan Madinatul Asrar memperkenalkan kaedah rawatan laser akupuntur berteknologi tinggi dan moden.

Ia merupakan sejenis laser yang bertenaga rendah(panjang gelombang 650nm).Ia menggunakan sinaran laser dan urutan gegaran mekanikal pada pusat akupuntur,dan berdasarkan prinsip penyerapan resonan dalam bidang elektrik biological,lumikrom,penyerapan sistem, dirangsang oleh laser lemah dalam sains perubatan laser,serta teori akupuntur perubatan tradisional Cina dan pembangunan klinikal sejak 30 tahun baru-baru ini. Ia telah terbukti mempunyai kesan istimewa untuk merenjis saluran, menyelaraskan “qi” dalam badan dan darah, meningkatkan imuniti seluruh badan,meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan sel-sel, bagi menghasilkan kesan biological yang baik dan mencapai kesan dalam merawat dan mencegah penyakit;mencegah penyakit mulut; kebersihan gigi,rawatan mencegah keguguran rambut, memperbaiki peredaran darah;menjaga kekenyalan kulit,penjagaan kecantikan kulit serta pelbagai kegunaan lain.

Rawatan & Penjagaan Kesihatan Dengan Laser.

1. Prinsip Penggunaan

Saintis dari luar atau dalam Negara telah mengkaji dan membuktikan bahawa: Rawatan akupuntur laser berdasarkan teori perubatan tradisional akupuntur, pada dasarnya kesan biologikalnya mematuhi petunjuk prinsip perubatan tradisional. Oleh sebab itu,ciri-ciri uniknya tidak sama dengan rangsangan biologi laser yang biasa.
a) Apabila dipancarkan dengan sinaran laser,pusat sensitive yang dirangsangkan oleh pusat akupuntur mempunyai sifat yang tetap dan berulang,kebanyakannya adalah serupa dengan pusat akupuntur.
b) Pada asalnya,garisan yang menyambungkan pusat sensitive mengikut laluan meridian tradisional,lebih cetek,dapat dihentikan dengan menggunakan tekanan yang kecil(2-3mm/Hg). Selepas melepaskan tekanan dan sekali lagi menggunakan laser memancar padanya,kemunculan semula akan berlaku.
c) Rangsangan adalah dipindah dalam dua hala,dan boleh disiarkan.
d) Garisan meridian yang sensitive adalah berkaitan dengan penyakit organ seseorang,seperti orang yang berpenyakit gastric mempunyai garisan meridian yang lebih sensitive. Manakala,pesakit yang mempunyai penyakit hati akan mempunyai garisan meridian hati yang lebih sensitive.

2). Alatan laser mempunyai kesan dalam meningkatkan imuniti pertahanan badan.

Kesan dalam membantu imuniti pertahanan badan. Dalam bidang perubatan tradisional, ia digelar sebagai “kesan menghapuskan faktor-faktor negative” merupakan salah satu prinsip akupuntur laser dan rawatan akupuntur tradisional. Kajian membuktikan bahawa akupuntur boleh merangsang badan untuk menghasilkan kesan imuniti pertahanan.Jadi,ia boleh merlawan keradangan, melegakan kepanasan badan,membantu dalam memulihkan kecederaan,dan juga boleh digunakan untuk menyelaraskan ketidak seimbangan rangkaian imuniti pesakit,meninggikan stamina,mempercepatkan pemulihan daripada penyakit yang berkenaan.

Daripada kajian,didapati bahawa selepas sinaran laser pada pusat akupuntur badan boleh meningkatkan kesan PHA dan SK-SD yang positif,meningkatkan nilai sel-sel limfosit-T,neutrofil dan makrofaj dalam darah;gobulin-Y yang meningkat menyebabkan kadar pembahagian limfosit T dan limfosit B turut meningkat.

Semasa rawatan klinikal,kami menjumlahkan seratus dua puluh kes asma yang ingin menerima rawatan akupuntur laser. Berdasarkan teori perubatan tradisional,pusat akupuntur Tiantu,Danzhong,Dingchuan dan sebagainya diambil dan secara amnya kesan rawatan yang nyata diperolehi. Dengan menguji petunjuk imuniti semasa dan selepas rawatan, kita dapati bahawa nilai imuniti dalam badan menunjukkan peningkatan yang nyata.

3) Kesan akupuntur laser dalam menyelaraskan fungsi badan.

Prinsip akupuntur laser dan akupuntur tradisional dalam penyelarasan fungsi badan adalah serupa. Melalui kajian yang dijalankan ke atas haiwan dan manusia,adalah terbukti bahawa ia bertindak melalui system saraf autonomi, media,dan system tindak balas darah. Kajian menunjukkan ia berkesan dalam menyelaraskan fungsi system peredaran darah,system pencernaan dan system endokrin.

4) Berkesan dalam menyelaraskan peredaran darah otak.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit saluran darah otak ataupun tidak,akupuntur laser memancarkan sinaran pada pusat akupuntur yang tertentu seperti Baihe,Yintang,Hegu,Zusanli,Taichong dan sebagainya, ini boleh menyelaraskan peredaran darah otak, memperbaiki pengaliran darah dan berkesan dalam merawat penyakit.

5) Akupuntur laser yang memancarkan sinaran pada pusat akupuntur dapat menyelaraskan fungsi endokrin.

Sebenarnya sinaran yang digunakan dalam akupuntur laser untuk rawatan merupakan laser yang bertenaga rendah.Ia sejenis rawatan yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit fungsian.

Ia merupakan rawatan yang unik di negara kita kerana ia berdasarkan teori perubatan tradisional Cina.Justeru itu,ia mendapat sambutan yang hangat dari serata pelusuk dunia.

Kebaikan Alat Rawatan Akupuntur Laser:

Menjimatkan masa,tidak menyebabkan kesakitan,tiada bacteria,tidak menyebabkan pergerakan otot-otot,mudah digunakan, selamat, kekuatannya boleh diselaraskan, skop penggunaan yang luas,tiada sebarang kesan sampingan.

BAYARAN RAWATAN MADINATUL ASRAR ACU-LASER!
SANGAT BERPATUTAN / MURAH-SETIAP SATU SESSI RAWATAN HANYA DIKENAKAN RM30 SAHAJA(Harga Promosi)

Categories: Akupuntur